Tenpin Bowling

Tenpin Bowling

Tenpin Bowling adalah jenis olahraga atau permainan yang dimainkan dengan menggelindingkan bola khusus menggunakan satu tangan. Bola boling akan digelindingkan ke pin yang berjumlah sepuluh buah yang telah disusun menjadi bentuk segitiga jika dilihat dari atas.


Bowling adalah permainan yang dapat dimainkan oleh individu tetapi biasanya oleh tim. Bowling berkompetisi dalam 6 kategori, yaitu: single, ganda, trio, 1 regu 5 pemain. Keempat kategori tersebut berlaku untuk pria dan wanita.
Para pemain berusaha untuk mencetak poin dengan menggulirkan bola bowling di permukaan datar untuk memukul pin yang dikenal sebagai pin bowling sepuluh.

 

Cara Bermain

Para pemain berusaha untuk mencetak poin dengan menggulirkan bola bowling di permukaan datar untuk memukul pin yang dikenal sebagai pin bowling sepuluh.

Acara Perseorangan

Setiap pasukan dibenarkan menghantar empat ( 4 ) orang peserta lelaki dan ( 4 ) orang peserta perempuan bagi acara ini. Peserta–peserta kategori 18 tahun dan 15 tahun ke bawah diwajibkan bermain enam ( 6 ) games dengan menyeberangi enam ( 6 ) lorong berasingan manakala peserta-peserta kategori 12 tahun dan ke bawah diwajibkan bermain empat ( 4 ) games dengan menyeberangi empat ( 4 ) lorong dan peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

Acara Beregu

Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua ( 2 ) pasangan bergu lelaki dan ( 2 )pasangan bergu perempuan bagi acara ini. Peserta–peserta kategori 18 tahun dan 15 tahun ke bawah diwajibkan bermain enam ( 6 ) games dengan menyeberangi enam ( 6 ) lorong berasingan manakala peserta-peserta kategori 12 tahun dan ke bawah diwajibkan bermain empat ( 4 ) games dengan menyeberangi empat ( 4 ) lorong dan peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

Acara All Event

Setiap peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara perseorangan dan beregu layak menyertai dalam acara ini. Jatuhan Pin yang diperolehi oleh setiap peserta yang telah bermain dua belas ( 12 ) games ( 18 tahun dan 15 tahun ) dan lapan ( 8 ) games ( 12 tahun ) dengan jumlah jatuhan Pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

Acara Masters

Dua belas ( 12 ) peserta lelaki dan dua belas ( 12 ) peserta perempuan ( 18 tahun dan 15 tahun ke bawah ), lapan ( 8 ) peserta lelaki dan lapan ( 8 ) perempuan ( 12 tahun dan ke bawah ) dengan jumlah jatuhan Pin tertinggi dalam acara All Event adalah layak menyertai acara ini.

Permainan akan diadakan mengikut sistem “Match Play Round Robin” dimana setiap peserta dikehendaki bermain sejumlah dua belas ( 12 ) games ( 18 tahun dan 15 tahun dan ke bawah ) manakala lapan ( 8 ) games ( 12 tahun dan ke bawah), tiap-tiap satu game dengan pemain yang berlainan di lorong yang berasingan juga mengikut jadual yang telah ditetapkan.Game yang ke-12 ( 18 tahun dan 15 tahun dan ke bawah ) Game ke – 8 ( 12 tahun dan ke bawah ) adalah permainan kedudukan ( position play ).

Kedudukan dalam acara Masters akan dikira mengikut system mata berikut :

  1. Satu ( 1 ) mata untuk setiap jatuhan pin.
  2. Sepuluh ( 10 ) mata untuk setiap perlawanan yang dimenangi.
  3. Lima ( 5 ) mata untuk setiap perlawanan yang seri. Pemenang akan ditentukan melalui “stepladder” , semua jatuhan pin dan bonus sewaktu “position play” tidak diambilkira .
  4. Pemain di tempat kedua dan ketiga akan bermain satu permainan.
  5. Pemenang akan bertemu dengan pemain di tempat pertama sebanyak 2 permainan.
  6. Pemain yang mendapat jatuhan pin terbanyak dikira pemenang acara Masters.
  7. Pemain yang tewas mendapat tempat kedua.

 

Acara Pasukan Berempat

Setiap negeri / pasukan dibenarkan menghantar satu ( 1 ) pasukan berempat lelaki dan satu ( 1 ) pasukan berempat perempuan bagi acara ini.

Setiap pasukan akan bermain enam ( 6 ) games ( 15 dan 18 tahun ke bawah ) empat ( 4 ) games ( 12 tahun dan ke bawah ) di atas sepasang lorong yang sama. Setiap permainan di atas lorong yang sama.

Permainan dijalankan mengikut “Baker Format” seperti berikut :

  1. Empat orang pemain akan bergilir-gilir membuat balingan mengikut susunan “frame”.
  2. Pemain perama akan membuat balingan di “frame” 1 , 5 , dan 9.
  3. Pemain kedua akan membuat balingan di “frame” 2 , 6 , dan 10.
  4. Pemain ketiga akan membuat balingan di “frame” 3 dan 7.
  5. Pemain Keempat akan membuat balingan di “frame” 4 dan 8.

 

Cara Menentukan Keputusan

Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan keputusan perlawanan dalam skor yang disediakan. Keputusan setelah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran Pengerusi Teknik Pertandingan atau wakilnya. Individu atau pasukan yang membuat jatuhan pin terbanyak dikira sebagai pemenang. Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin permainan terakhir. Jika masih seri jumlah jatuhan pin permainan kedua terakhir diambil kira dan seterusnya.